
Sesiapa
yang ingin menyumbangkan karyanya, silalah menghantarkannya kepada kami atau
emel sahaja di alamat: abu_nawas@hotmail.com
Tajuk-tajuk Karya
Pelajar:
“Alah!
Malasnya nak buat! Lecehlah!” Itulah antara sungutan yang sering kita dengar
daripada seorang pelajar. Mungkin kita juga pernah bersungut sedemikian apabila
guru-guru memberi kita tugasan. Inilah antara tanggungjawab kita sebagai seorang
pelajar yang harus dilaksanakan sebaik mungkin.
Tanggungjawab
seorang pelajar itu banyak. Salah satu daripadanya adalah terhadap pihak sekolah.
Sebagai seorang pelajar, kita haruslah menghormati pengetua dan guru-guru. Jika
kita berbuat demikian, pengetua dan guru-guru akan berasa bahagia, lebih-lebih
lagi jika kita tidak lupa untuk memberi salam kepada mereka, menolong
mengangkatkan buku-buku dan menghantar tugasan tepat pada waktunya. Kita juga
haruslah berdisiplin dan berbudi bahasa. Ini penting, terutama sekali jika kita
di luar sekolah. Di luar, kita boleh dianggap sebagai ‘duta cilik’ sekolah
kita kerana kita sebenarnya membawa nama sekolah kita itu. Sekiranya pakaian
sekolah tidak dipakai dengan betul, orang ramai akan mempunyai tanggapan bahawa
pengetua dan guru-guru kita ini tidak pandai mendisiplinkan kita. Nama dan imej
sekolah kita akan terjejas dek perbuatan kita sendiri, bak kata pepatah ‘seekor
kerbau membawa lumpur, semua akan terpalit’.
Selain
daripada tanggungjawab pelajar terhadap pihak sekolah, pelajar juga mesti
mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri. Sebagai seorang pelajar, kita
mestilah berdisiplin dan berbudi bahasa terhadap orang lain. Kita mestilah dapat
membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Jika kita tidak tahan pada
cubaan-cubaan hidup yang mendatang, kita akan hanyut bak sampah yang hanyut
dibawa arus kemodenan, yang semuanya tidak semestinya baik untuk diri kita.
Janganlah kita tersalah pilih kawan atau melakukan sesuatu yang boleh
mendatangkan kerugian kerana kita hanya akan membahayakan diri sendiri. Jika
kita dapat menjalankan tanggungjawab kita ini dengan baik, kita akan lebih mudah
menerima sesuatu pelajaran dan dapat belajar dengan lebih bersungguh-sungguh
lagi. Ini penting agar masa depan kita akan lebih cerah lagi.
Bukan
itu sahaja, sebagai seorang pelajar, kita juga mempunyai tanggungjawab terhadap
keluarga kita. Jika kita belajar bersungguh-sungguh, peluang kita untuk mendapat
pekerjaan yang baik juga cerah. Kita akan mendapat gaji yang besar dan kita
dapat juga menolong ibu bapa kita kelak. Mereka akan berasa bangga kerana segala
penat lelah mereka akan berbaloi. Ini juga adalah salah satu contoh yang baik
untuk adik-adik kita. Bukan itu sahaja, kita juga mestilah berkelakuan baik dan
berbudi bahasa selalu agar orang lain akan mempunyai pandangan yang baik
terhadap keluarga kita, bak kata pepatah ‘sebab buah dikenal pohonnya’.
Pada
rakan-rakan pula, seorang pelajar itu haruslah mempunyai sifat suka
tolong-menolong, terutama sekali dalam pelajaran. Janganlah kita lokek berkongsi
ilmu kerana ilmu bukan milik kita seorang. Walau bagaimanapun, janganlah kita
memberi pertolongan tanpa batasan kerana ada antara rakan-rakan ini akan
mengambil kesempatan terhadap diri kita. Bukan itu sahaja, kita juga mestilah
berbudi bahasa dan menjaga tutur kata kita agar rakan-rakan kita ini tidak
berkecil hati dan persahabatan yang terjalin akan berpanjangan.
Itulah
antara tanggungjawab seorang pelajar. Dari itu, marilah kita sama-sama
melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar yang baik. Ingatlah! Apa
yang kita lakukan hari ini akan menentukan masa depan kita.
[
Kembali ke Tajuk ]

Tajuk:
DI LAUTAN KEPILUAN
Hasil: Nurul
Huda Bte Abdul Rahman (2E2, 2000)
"Ibu!
lbu jangan takut ya. Serahkan semua ini kepada Yang Maha Esa. Dia lebih
mengetahui," kataku dalam kepiluan. "Rohani, jaga diri kamu baik-baik,
banyak-banyaklah bersabar dan jangan lupa mengerjakan perintahNYA
... jaga makan minum Rohani. Jangan jadi macam ibu. Kalau ibu tidak ada...,"
kata ibu dengan suara tersekat-sekat. "Jangan cakap begitu, bu! Ini semua takdir
Allah. Jangan bimbang, ibu akan selamat. Percayalah cakap anak ibu ini."
"Rohani akan doakan semoga ibu selamat," kataku semula.
Aku
memegang tangan ibu erat-erat. Wajah ibu ku renung puas-puas. Aku tidak sampai
hati melihat penderitaan yang ditanggung ibu ini. Pembedahan ke atas ibu
akan dijalankan sebentar lagi. Perlahan-lahan aku membawa kakiku ke luar wad
menuju ke bilik pembedahan. Di
luar bilik pembedahan, fikiranku melayang memikirkan keselamatan ibu.
lbu,
oh ibu! Dikaulah yang telah membesarkan aku dalam penuh kepayahan.
Semangatmu yang kental telah mengajarku dan menguatkan semangat aku hinggalah aku mencapai tangga kejayaan.
lbuku
menghidapi penyakit barah otak sejak lebih kurang lima tahun tahun yang lalu. Pada mulanya,
ibu menyembunyikan perkara itu daripadaku tetapi sebagai seorang anak, aku akhirnya
tahu
tentang perkara
itu. lbu selalu pening, sakit kepala dan pengsan. Mukanya pucat bagai bulan
kesiangan. Selalu juga aku bertanya kepada ibu tetapi ibu enggan memberitahuku.
Mujurlah pada suatu hari, aku ternampak ibu menelan berbagai jenis ubat. Lantas,
tanpa berfikir panjang, aku bertanya kepadanya dan akhirnya beliau menceritakan
kepadaku. Hampir terputus uratku apabila mendengar kisah yang sebenar. lbu
selalu juga terlantar kerana tidak sedarkan diri tetapi hari inilah ibu akan
dibedah. Otak ibu akan dibedah. Dapat aku bayangkan betapa sakit dan pedihnya
apabila otak dibedah. Namun ibu berani. lbu tabah. Baru hari inilah aku melihat
ibu menangis kerana takut. "Ya Allah, kurangkanlah penderitaan ibu!"
Aku tidak putus-putus mendoakan keselamatan ibu.
Tidakku
sedari air mataku menitis satu derni satu. Minit berganti rninit, jam berganti
jam dan akhirnya pintu bilik pembedahan dibuka. Seorang jururawat keluar. Aku
bergegas ke arah jururawat itu. Dia mengatakan bahawa pernafasan ibu tidak normal
dan ibu ingin sekali menemuiku. Apabila aku tiba di sisi katil ibu, ibu rnenoleh
dan berkata dengan suara yang lemah, "Rohani...jaga dirimu, anakku. lbu tidak dapat menemani hidupmu lagi, Rohani.
Ibu... ibu..." "Ibu! Ibu mengucap, bu. Mengucap. Rohani akan jaga diri baik-baik, bu. lbu ... ibu ...
mengucap, bu!" kataku sambil menangis. "Asyadu Allah ilahaillallah..."
"Ibu! lbu! lbu!!!" pekikku sambil menggoncang badan ibu. "Bangun,
bu... bangun! Jangan tinggalkan Rohani seorang diri. Ibu ... bangun,bu!"
Apa
yang bolehku lakukan? Allah lebih rnenyayangi ibu. Ini semua suratan takdir.
Dialah Yang Maha Besar dan Maha Mengetahui. "Ya Allah, ya Tuhanku.
Teguhkanlah keimananku. Kuatkanlah semangatku. Tabahkanlah hatiku. Semoga roh
ibu dicucuri rahmat. Amiin Amiin Ya Rabbal 'Alamiin."
[
Kembali ke Tajuk ]

Tajuk:
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BELAJAR DI LUAR NEGERI
Hasil: Mery
Tuerah (2E2,
2000)
Ramai
orang sangat berharap agar mereka dapat pergi ke luar negeri untuk belajar.
Sayangnya, hanya anak-anak daripada keluarga yang berkemampuan sahaja yang
mendapat kesernpatan untuk belajar di luar negeri. Terdapat banyak kebaikan dan
keburukan belajar di luar negeri.
Salah
satu kebaikan belajar di luar negeri ialah anak itu akan menjadi lebih mandiri,
bererti dia boleh hidup sendiri tanpa dilindungi dan dibimbing oleh orang tua
dan boleh membuat keputusan sendiri. Dia juga boleh mengetahui dan mengalami
bagaimana kehidupan di negeri itu. Pada pendapat saya, saya telah menerima
berbagai kebaikan belajar di sini, Singapura. Selain daripada lebih mandiri,
saya juga mempelajari cara kehidupan, cara berpakaian, adat istiadat dan
hari-hari penting di negeri ini.
Saya
juga telah dapat mempelajari bahasa Inggeris di sini. Saya tahu cara menghemat
supaya saya dapat menyimpan wang saku yang diberikan oleh orang tua. Saya tahu
apa yang harus saya lakukan apabila sakit tanpa orang tua berada di sisi. Saya
menjadi lebih rajin belajar kerana saya tahu bahawa orang tua saya mernberikan
kesempatan ini untuk masa depan dan saya harus menghargai dan menggunakan
kesempatan ini dengan baik. Dengan belajar di sini, saya juga boleh mendapat
pekerjaan yang baik di masa depan.
Selain
kebaikannya, terdapat juga keburukannya. Antaranya ialah anak itu boleh menjadi
nakal, malas dan tidak beradap kerana tidak dibimbing oleh orang tua. Ini
disebabkan kerana biasanya anak yang belajar di luar negeri tinggal di asrama
dan orang tuanya hanya menelefon seminggu sekali. Penjaga asrama itu juga
biasanya tidak mempedulikan apa yang dilakukan anak itu, jadi untuk menjadi anak
yang baik, dia harus berusaha sendiri tanpa dorongan. Anak-anak yang belajar di
luar negeri bebas untuk melakukan apa-apa. Mereka juga sering terikut-ikut
dengan teman-teman mereka yang nakal untuk berbuat sesuatu yang tidak berfaedah.
Mereka tidak suka tinggal di rumah kerana berasa sendirian dan tidak ada orang
yang mempedulikan mereka.
Mereka
juga suka akan kehidupan yang mewah. Dengan teknologi yang tinggi di luar negeri,
mereka ingin membeli barang-barang yang terbaru. Salah satu keburukan yang saya
sedari bagi saya ialah ikatan kekeluargaan yang semakin renggang antara
ahli-ahli keluarga saya kerana kami jarang bertemu. Masing-masing sibuk dengan
pekerjaannya dan jarang mempunyai waktu untuk berkumpul beramai- ramai. Walau
bagaimanapun, orang tua saya yang prihatin akan hal ini, telah berusaha untuk
memperuntukkan bulan Disember sebagai waktu yang paling baik untuk kami
berkumpul sekeluarga. Saya juga sedar bahawa saya kurang mengetahui tentang
negeri saya sendiri iaitu Indonesia. Saya kurang mengetahui tentang budaya, adat
istiadat dan perkembangan di Indonesia.
Dengan
ini, saya sedari bahawa sernuanya ada kebaikan dan keburukannya, begitu juga
dengan belajar di luar negeri.
[
Kembali ke Tajuk ]

Tajuk:GENERASI
MUDA HARI INI RENDAH MORAL MEREKA WALAUPUN
MEREKA DIBERI PENDIDIKAN YANG TINGGI
Hasil: Siti
Juliana Bte Mohd Pumrie (5AG, 2000)
Karangan
yang saya karang ini adalah untuk memberi pandangan mengenai sesuatu perkara.
Topiknya ialah'generasi muda hari ini rendah moral walaupun rnereka diberi
pendidikan yang tinggi.'Perkara ini tidak ada salah atau betulnya. Lain orang,
lain pandangan.
Pada
pandangan saya, kebanyakan generasi muda ini berperangai begitu tetapi tidaklah
kesemuanya. Contoh-contoh yang menunjukkan generasi muda berperangai rendah
moralnya memang banyak. Antaranya adalah di dalam jangkau usia yang muda, mereka
telah cuba merokok. Sebabnya adalah kerana mereka ingin mencuba sesuatu yang
tidak pernah dilakukan dan ingin menunjuk-nunjuk kepada teman mereka. ltu
semuanya adalah alasan yang terbodoh sekali! Jikalau merokok itu kurang mencabar,
mereka mula berjinak-jinak dengan minuman keras, berjudi dan juga mencuri.
Mereka juga berperangai biadab, kurang ajar dan tidak menghormati orang tua.
Remaja wanita pula berpakaian yang tidak senonoh sehingga menjolok mata. Ada
pula yang berkelakuan kurang sopan di khalayak ramai.
Pada
pandangan saya, generasi sekarang berkelakuan begitu ada sebab-sebabnya.
Walaupun ibu bapa mereka menghantar mereka ke sekolah sehingga mempunyai
pendidikan yang tinggi, mereka tidak semestinya tinggi dari segi rnoral. Tentu
ada sebab-sebab di atas kelakuan mereka itu.
Pertama
sekali, ibu bapa tidak meluangkan masa yang secukupnya untuk mengajar anak-anak
mereka. Kedua, mereka tidak mengajar anak-anak mereka mengenai moral yang baik
sejak dari keeil lagi. Kebanyakan anak-anak juga terialu dimanjakan oleh ibu
bapa mereka sehingga mereka tidak begitu tahu tentang apa itu moral yang baik.
Ada
ibu bapa mengatakan yang mereka tidak ingin mengongkong cara hidup anak-anak
mereka kerana mereka berpendapat yang anak-anak mereka akan mempelajarinya
dengan sendirinya.Walau bagaimanapun, jikalau ayah dan ibunya sendiri yang
rendah moral dan mereka tidak mengajar anak mereka supaya jangan mengikut jejak
mereka, anak-anak mereka pun akan mempunyai moral yang rendah. Bak kata
pepatah,'jikalau bapa borek, anaknya mestilah rintik!' Sudahlah tidak mengajar
anak- anak mereka mengenai moral, mereka ingin anak-anak mereka itu berbakti
untuk bangsa dan negara! Harapkan pagar, pagar makan padi!
Sebenarnya,
apa yang ingin saya katakan ialah orang yang berpeiajaran tinggi itu tidak
semestinya orang yang mempunyai moral yang tinggi. Kadang-kadang orang yang
tidak berpelajaran tinggi itulah merupakan orang yang lebih tinggi moralnya,
dibandingkan dengan mereka yang terpelajar. Walhasil, sebagai seorang individu,
kita haruslah cuba mencapai kejayaan dari pelbagai segi termasuk mempunyai moral
yang baik.
[
Kembali ke Tajuk ]

Tajuk: PENGALAMANKU - Kisah Benar ...
Hasil: Benjamin
Tham Osman (Mantan peiajar 1 999)
"Kebebasan".
ltulah yang aku inginkan daripada keluargaku selama ini, tetapi tidak pernahku
rnenduga bahawa "kebebasan" itulah yang membuat hidupku sengsara
sehingga ke saat ini.
Semenjak
aku masih kecil lagi, aku telah dipisahkan daripada ibu kerana ibu berselisih
faham dengan ayah. Akhirnya mereka pun bercadang untuk bercerai. Sehingga saat
ini, masalah itu masih tidak boleh aku lupakan. Ayah pun membuat keputusan untuk
pulang ke rumah nenek. Aku berasa sungguh gembira bila bersama nenek dan datukku.
Mereka saling memahami perasaanku dan masalah yang ayah hadapi. Ayah rela
membuat apa sahaja demi kebahagiaan keluarga.
Setelah
diberi "kebebasan" oleh ayah, aku pun mula berkawan dengan budak-budak
yang suka bersembang di kolong-kolong blok. Semakin lama aku berkawan dengan
mereka, semakin berubah perangaiku. Aku sudah mula berjinak-jinak menghisap
rokok dan menggertak budak-budak yang cuba mencerobohi 'kawasan'kami.
Suatu
hari, aku dan kawan-kawanku pergi ke tempat meletak kereta di Junction 8. Kami
ke sana untuk bersemuka dengan seorang budak yang sengaja mencari
pasal di 'kawasan' kami tempoh hari. Kawanku bersua rnuka dengan 'ketua'nya dan mereka membuat
keputusan untuk bergaduh. Teruk kawanku membelasah budak itu. Tiada sesiapa yang
menyedari bahawa ada orang yang telah lama memerhatikan kami. Tidak lama
kemudian, dengan tiba-tiba, kami dikejutkan dengan bunyi siren kereta polis
yang dengan pantas rnenghampiri kami. Kami semua lari lintang-pukang dan aku
berjaya melepaskan diri.
Seberapa
hari kemudian, aku mendapat khabar daripada kawanku bahawa kawan rapatku telah
ditangkap polis malam itu. Tidakku menduga bahawa kawan rapatku itu telah
membocorkan rahsia dan namaku terbabit sama.
Suatu
hari, sedang aku tidur nyenyak bersama kawanku yang bermalam di rumahku, aku
dikejutkan oleh ayahku yang sedang masak pagi-pagi lagi. Aku disuruhnya mandi.
Tiba-tiba dua orang inspektor dari Balai Polis Tanglin datang ke rumahku dan
membawaku bersama untuk disiasat. Aku cuba melarikan diri melalui pintu yang
terdedah tetapi gagal. Tanganku digari di hadapan ayahku.
Setelah siasatan, aku
didapati bersalah dan terpaksa bermalam di dalam'iock-up'. Aku diberitahu bahawa
aku akan dibawa ke Mahkamah Juvenil 53. Hatiku berdebar-debar apabila aku
menjejakkan kaki masuk ke dalam bilik nombor 53 untuk berhadapan dengan Tuan
Hakim. Ayah yang berdiri di sebelahku kelihatan sedih apabila Tuan Hakim
menjatuhkan hukuman dan menghantar aku ke Singapore Boy's Home selama dua
tahun.
Di
sini, hidupku merana tidak terkata. Pelbagai dugaan dan cabaran yang harus aku
tempuhi dengan sabar. Sehingga ke saat ini, aku rnasih menjalani hukumanku. Aku
kesal atas apa yang telah terjadi terhadap diriku yang malang ini. Aku rindu
akan orang tuaku yang jauh dari pandanganku. Namun begitu, bak kata pepatah,
nasi sudah menjadi bubur. Tiada apa yang dapat aku lakukan selain daripada menunggu hari
"pembebasan"ku.
Sebagai satu nasihat untuk para pembaca,
jadikanlah
kisahku ini satu teladan dan pulanglah ke pangkal jalan yang lurus dan diredhai
Tuhan.
[
Kembali ke Tajuk ]

Bahasa Jiwa Bangsa