ANTARANYA...
Lawatan Ke Taman
Sembawang
Pada 24 Mei 2000, para pelajar menengah rendah yang rnempelajari Bahasa
Melayu telah menyertai suatu perkelahan di Taman Sembawang. Inilah aktiviti
pertama karni untuk tahun 2000. Aktiviti ini telah dianjurkan oleh Jabatan
Bahasa Melayu KCPSS. Guru-guru yang rnembawa kami ke sana ialah Cikgu Johari dan
Cikgu Murni. Para pelajar bukan sahaja berpeluang bersuka ria selepas tamat
peperiksaan pertengahan tahun mereka, malah mereka berpeluang merapatkan lagi
persahabatan antara pelajar-pelajar yang mempelajari Bahasa Melayu di KCPSS. Di
sana, para pelajar dan guru-guru mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi
masa mereka seperti berbasikal, bermain bola tampar di tepi pantai, besbol dan
bolasepak. Para pelajar kelihatan sangat gembira pada hari itu kerana inilah kali
pertama mereka berkumpul beramai-ramai. Apa yang mereka harap-harapkan adalah
supaya kegiatan sebegini akan berulang kembali.
Berdamawisata Ke Sentosa
Sekali
lagi, Jabatan Bahasa Melayu KCPSS telah mengadakan aktiviti untuk kami semua.
Kali ini, destinasinya ialah Pulau Sentosa. Pada tanggal 8 Ogos 2000, seramai 32
orang peiajar yang mengambil Bahasa Melayu telah ikut serta dalam darmawisata
ini. Sebelum tiba ke Sentosa, suasana di bas penuh dengan keghairahan. Antara
aktiviti yang kami lakukan di Sentosa adalah seperti bermain kereta
langgar-langgar, menaiki Roller-Coaster, Viking dan bermain-main di tepi
pantai. Bukan itu sahaja, kami sempat melewati beberapa tempat seperti Images
of Singapore dan Fort Siloso. Saya rasa aktiviti seperti ini amat berfaedah
untuk kami semua kerana inilah peluang bagi kami untuk mengeratkan lagi taii
persahabatan antara peiajar-peiajar yang mengambil Bahasa Melayu dan guru-gurunya.
Saya dan rakan-rakan sungguh gernbira di akhir lawatan itu dan berharap agar
Cikgu Johari dan Cikgu Murni akan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang menarik
seperti ini lagi. Maju terus maju!
Hari Keharmonian Kaum

Secara
ringkas, Hari Keharmonian Kaum ini diadakan setiap tahun. Pada hari inilah
pelajar-pelajar yang mengambil Bahasa Melayu digalakkan untuk memakai pakaian
tradisional mereka.
Persembahan Sri Warisan & Drama Atheis
Jabatan
Bahasa Melayu KCPSS telahpun membawa beberapa pelajar menonton suatu persembahan
warisan budaya Melayu "Lagu
& Irama: Luahan Rasa" di Pusat Drama pada 23 Julai 2000. Tujuan
kegiatan ini adalah untuk memperkenalkan lagu-lagu dan irama Melayu lama kepada
generasi muda kita. Sri Warisan akan mengetengahkan lagu-lagu tradisional
daripada irama
ghazal, dondang sayang, keroncong, boria sehinggalah kepada
nasyid.
Selain
daripada pementasan di atas, Jabatan Bahasa Melayu KCPSS juga
Hari Bendera Darul Ihsan
Selain
daripada kegiatan di atas, kita juga pastikan yang
pelajar-pelajar kita tidak melupakan pada golongan yang memerlukan. Para pelajar
yang mengambil Bahasa Melayu telah dengan rela hati menawarkan tenaga mereka
untuk mengutip derma pada Hari Bendera Darul Ihsan pada 26 Ogos 2000. Guru-guru
juga memberi sokongan mereka dengan menghadiri di tempat lokasi dan membelanja
pelajar-pelajar yang terlibat.
Minggu Bahasa Melayu
Setiap tahun, JBM KCPSS akan
menganjurkan beberapa peraduan sempena Minggu Bahasa Melayu. Para pelajar akan
digalakkan untuk mengambil bahagian dalam beberapa peraduan seperti peraduan
bercerita, berpidato dan menulis esei. Melalui peraduan inilah bakat-bakat para
pelajar dapat dikenalpasti dan digilap agar menjadi seorang pelajar yang lebih
baik dan berkebolehan.
Bengkel Penulisan Kreatif
Guru-guru Bahasa Melayu
seberapa mungkin akan melibatkan pelajar-pelajar untuk mengikuti bengkel-bengkel
bahasa. Pada 20 Ogos 2000, beberapa orang pelajar telah dibawa untuk mengikuti
Bengkel Penulisan Kreatif yang disampaikan oleh Encik Lim Swee Tin, seorang guru
dan penulis, dari Malaysia.
Membersihkan Kelas Bahasa Melayu
Setahun sekali, para
pelajar Melayu akan ditugaskan untuk membersihkan kelas Bahasa Melayu. Guru-guru
juga turut menyumbangkan tenaga mereka. Bukan sahaja kelas Bahasa Melayu
bertambah bersih, malah inilah peluang bagi guru-guru dan para pelajar untuk
berinteraksi dalam kegiatan yang sihat.