Make your own free website on Tripod.com


JABATAN MELAYU KCPSS
-------------------------------------------------
Lelaman Utama J.M Koh Chuan Presbyterian Sec.Sch




 


HOME

LATAR BELAKANG

BAHASA BERBUNGA

TINTA GURU

TUNAS HARAPAN

AKTIVITI DALAM NEGERI

AKTIVITI LUAR NEGERI

LELAMAN LAIN

 

Sesiapa yang ingin menyumbangkan karyanya, silalah menghantarkannya kepada kami atau emel sahaja di alamat: abu_nawas@hotmail.com     


Tajuk-tajuk Karya Pelajar:


Tajuk: TANGGUNGJAWAB SEORANG PELAJAR
Hasil : Nur Aquilah Binte Tahardin  (2 Hope, 2001)

 Alah! Malasnya nak buat! Lecehlah!” Itulah antara sungutan yang sering kita dengar daripada seorang pelajar. Mungkin kita juga pernah bersungut sedemikian apabila guru-guru memberi kita tugasan. Inilah antara tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar yang harus dilaksanakan sebaik mungkin.

 Tanggungjawab seorang pelajar itu banyak. Salah satu daripadanya adalah terhadap pihak sekolah. Sebagai seorang pelajar, kita haruslah menghormati pengetua dan guru-guru. Jika kita berbuat demikian, pengetua dan guru-guru akan berasa bahagia, lebih-lebih lagi jika kita tidak lupa untuk memberi salam kepada mereka, menolong mengangkatkan buku-buku dan menghantar tugasan tepat pada waktunya. Kita juga haruslah berdisiplin dan berbudi bahasa. Ini penting, terutama sekali jika kita di luar sekolah. Di luar, kita boleh dianggap sebagai ‘duta cilik’ sekolah kita kerana kita sebenarnya membawa nama sekolah kita itu. Sekiranya pakaian sekolah tidak dipakai dengan betul, orang ramai akan mempunyai tanggapan bahawa pengetua dan guru-guru kita ini tidak pandai mendisiplinkan kita. Nama dan imej sekolah kita akan terjejas dek perbuatan kita sendiri, bak kata pepatah ‘seekor kerbau membawa lumpur, semua akan terpalit’.

Selain daripada tanggungjawab pelajar terhadap pihak sekolah, pelajar juga mesti mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri. Sebagai seorang pelajar, kita mestilah berdisiplin dan berbudi bahasa terhadap orang lain. Kita mestilah dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Jika kita tidak tahan pada cubaan-cubaan hidup yang mendatang, kita akan hanyut bak sampah yang hanyut dibawa arus kemodenan, yang semuanya tidak semestinya baik untuk diri kita. Janganlah kita tersalah pilih kawan atau melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kerugian kerana kita hanya akan membahayakan diri sendiri. Jika kita dapat menjalankan tanggungjawab kita ini dengan baik, kita akan lebih mudah menerima sesuatu pelajaran dan dapat belajar dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Ini penting agar masa depan kita akan lebih cerah lagi.

Bukan itu sahaja, sebagai seorang pelajar, kita juga mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga kita. Jika kita belajar bersungguh-sungguh, peluang kita untuk mendapat pekerjaan yang baik juga cerah. Kita akan mendapat gaji yang besar dan kita dapat juga menolong ibu bapa kita kelak. Mereka akan berasa bangga kerana segala penat lelah mereka akan berbaloi. Ini juga adalah salah satu contoh yang baik untuk adik-adik kita. Bukan itu sahaja, kita juga mestilah berkelakuan baik dan berbudi bahasa selalu agar orang lain akan mempunyai pandangan yang baik terhadap keluarga kita, bak kata pepatah ‘sebab buah dikenal pohonnya’.

Pada rakan-rakan pula, seorang pelajar itu haruslah mempunyai sifat suka tolong-menolong, terutama sekali dalam pelajaran. Janganlah kita lokek berkongsi ilmu kerana ilmu bukan milik kita seorang. Walau bagaimanapun, janganlah kita memberi pertolongan tanpa batasan kerana ada antara rakan-rakan ini akan mengambil kesempatan terhadap diri kita. Bukan itu sahaja, kita juga mestilah berbudi bahasa dan menjaga tutur kata kita agar rakan-rakan kita ini tidak berkecil hati dan persahabatan yang terjalin akan berpanjangan.

Itulah antara tanggungjawab seorang pelajar. Dari itu, marilah kita sama-sama melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar yang baik. Ingatlah! Apa yang kita lakukan hari ini akan menentukan masa depan kita.

[ Kembali ke Tajuk ]

 

Tajuk: DI LAUTAN KEPILUAN
Hasil: Nurul Huda Bte Abdul Rahman (2E2, 2000)

"Ibu! lbu jangan takut ya. Serahkan semua ini kepada Yang Maha Esa. Dia lebih mengetahui," kataku dalam kepiluan. "Rohani, jaga diri kamu baik-baik, banyak-banyaklah bersabar dan jangan lupa mengerjakan perintahNYA ... jaga makan minum Rohani. Jangan jadi macam ibu. Kalau ibu tidak ada...," kata ibu dengan suara tersekat-sekat. "Jangan cakap begitu, bu! Ini semua takdir Allah. Jangan bimbang, ibu akan selamat. Percayalah cakap anak ibu ini." "Rohani akan doakan semoga ibu selamat," kataku semula.

Aku memegang tangan ibu erat-erat. Wajah ibu ku renung puas-puas. Aku tidak sampai hati melihat penderitaan yang ditanggung  ibu ini. Pembedahan ke atas ibu akan dijalankan sebentar lagi. Perlahan-lahan aku membawa kakiku ke luar wad menuju ke bilik pembedahan. Di luar bilik pembedahan, fikiranku melayang memikirkan keselamatan ibu.

lbu, oh ibu! Dikaulah yang telah membesarkan aku dalam penuh kepayahan. Semangatmu yang kental telah mengajarku dan menguatkan semangat aku hinggalah aku mencapai tangga kejayaan.

lbuku menghidapi penyakit barah otak sejak lebih kurang lima tahun tahun yang lalu. Pada mulanya, ibu menyembunyikan perkara itu daripadaku tetapi sebagai seorang anak, aku akhirnya tahu tentang perkara itu. lbu selalu pening, sakit kepala dan pengsan. Mukanya pucat bagai bulan kesiangan. Selalu juga aku bertanya kepada ibu tetapi ibu enggan memberitahuku. Mujurlah pada suatu hari, aku ternampak ibu menelan berbagai jenis ubat. Lantas, tanpa berfikir panjang, aku bertanya kepadanya dan akhirnya beliau menceritakan kepadaku. Hampir terputus uratku apabila mendengar kisah yang sebenar. lbu selalu juga terlantar kerana tidak sedarkan diri tetapi hari inilah ibu akan dibedah. Otak ibu akan dibedah. Dapat aku bayangkan betapa sakit dan pedihnya apabila otak dibedah. Namun ibu berani. lbu tabah. Baru hari inilah aku melihat ibu menangis kerana takut. "Ya Allah, kurangkanlah penderitaan ibu!" Aku tidak putus-putus mendoakan keselamatan ibu.

Tidakku sedari air mataku menitis satu derni satu. Minit berganti rninit, jam berganti jam dan akhirnya pintu bilik pembedahan dibuka. Seorang jururawat keluar. Aku bergegas ke arah jururawat itu. Dia mengatakan bahawa pernafasan ibu tidak normal dan ibu ingin sekali menemuiku. Apabila aku tiba di sisi katil ibu, ibu rnenoleh dan berkata dengan suara yang lemah, "Rohani...jaga dirimu, anakku. lbu tidak dapat menemani hidupmu lagi, Rohani. Ibu... ibu..." "Ibu! Ibu mengucap, bu. Mengucap. Rohani akan jaga diri baik-baik, bu. lbu ... ibu ... mengucap, bu!" kataku sambil menangis. "Asyadu Allah ilahaillallah..." "Ibu! lbu! lbu!!!" pekikku sambil menggoncang badan ibu. "Bangun, bu... bangun! Jangan tinggalkan Rohani seorang diri. Ibu ... bangun,bu!"

Apa yang bolehku lakukan? Allah lebih rnenyayangi ibu. Ini semua suratan takdir. Dialah Yang Maha Besar dan Maha Mengetahui. "Ya Allah, ya Tuhanku. Teguhkanlah keimananku. Kuatkanlah semangatku. Tabahkanlah hatiku. Semoga roh ibu dicucuri rahmat. Amiin Amiin Ya Rabbal 'Alamiin."  

[ Kembali ke Tajuk ]

 

Tajuk: KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BELAJAR DI LUAR NEGERI
Hasil: Mery Tuerah
(2E2, 2000)

Ramai orang sangat berharap agar mereka dapat pergi ke luar negeri untuk belajar. Sayangnya, hanya anak-anak daripada keluarga yang berkemampuan sahaja yang mendapat kesernpatan untuk belajar di luar negeri. Terdapat banyak kebaikan dan keburukan belajar di luar negeri.

Salah satu kebaikan belajar di luar negeri ialah anak itu akan menjadi lebih mandiri, bererti dia boleh hidup sendiri tanpa dilindungi dan dibimbing oleh orang tua dan boleh membuat keputusan sendiri. Dia juga boleh mengetahui dan mengalami bagaimana kehidupan di negeri itu. Pada pendapat saya, saya telah menerima berbagai kebaikan belajar di sini, Singapura. Selain daripada lebih mandiri, saya juga mempelajari cara kehidupan, cara berpakaian, adat istiadat dan hari-hari penting di negeri ini.

Saya juga telah dapat mempelajari bahasa Inggeris di sini. Saya tahu cara menghemat supaya saya dapat menyimpan wang saku yang diberikan oleh orang tua. Saya tahu apa yang harus saya lakukan apabila sakit tanpa orang tua berada di sisi. Saya menjadi lebih rajin belajar kerana saya tahu bahawa orang tua saya mernberikan kesempatan ini untuk masa depan dan saya harus menghargai dan menggunakan kesempatan ini dengan baik. Dengan belajar di sini, saya juga boleh mendapat pekerjaan yang baik di masa depan.

Selain kebaikannya, terdapat juga keburukannya. Antaranya ialah anak itu boleh menjadi nakal, malas dan tidak beradap kerana tidak dibimbing oleh orang tua. Ini disebabkan kerana biasanya anak yang belajar di luar negeri tinggal di asrama dan orang tuanya hanya menelefon seminggu sekali. Penjaga asrama itu juga biasanya tidak mempedulikan apa yang dilakukan anak itu, jadi untuk menjadi anak yang baik, dia harus berusaha sendiri tanpa dorongan. Anak-anak yang belajar di luar negeri bebas untuk melakukan apa-apa. Mereka juga sering terikut-ikut dengan teman-teman mereka yang nakal untuk berbuat sesuatu yang tidak berfaedah. Mereka tidak suka tinggal di rumah kerana berasa sendirian dan tidak ada orang yang mempedulikan mereka.

Mereka juga suka akan kehidupan yang mewah. Dengan teknologi yang tinggi di luar negeri, mereka ingin membeli barang-barang yang terbaru. Salah satu keburukan yang saya sedari bagi saya ialah ikatan kekeluargaan yang semakin renggang antara ahli-ahli keluarga saya kerana kami jarang bertemu. Masing-masing sibuk dengan pekerjaannya dan jarang mempunyai waktu untuk berkumpul beramai- ramai. Walau bagaimanapun, orang tua saya yang prihatin akan hal ini, telah berusaha untuk memperuntukkan bulan Disember sebagai waktu yang paling baik untuk kami berkumpul sekeluarga. Saya juga sedar bahawa saya kurang mengetahui tentang negeri saya sendiri iaitu Indonesia. Saya kurang mengetahui tentang budaya, adat istiadat dan perkembangan di Indonesia.

Dengan ini, saya sedari bahawa sernuanya ada kebaikan dan keburukannya, begitu juga dengan belajar di luar negeri.

[ Kembali ke Tajuk ]

 

Tajuk:GENERASI MUDA HARI INI RENDAH MORAL MEREKA WALAUPUN  MEREKA  DIBERI PENDIDIKAN YANG TINGGI
Hasil: Siti Juliana Bte Mohd Pumrie (5AG, 2000)

Karangan yang saya karang ini adalah untuk memberi pandangan mengenai sesuatu perkara. Topiknya ialah'generasi muda hari ini rendah moral walaupun rnereka diberi pendidikan yang tinggi.'Perkara ini tidak ada salah atau betulnya. Lain orang, lain pandangan.

Pada pandangan saya, kebanyakan generasi muda ini berperangai begitu tetapi tidaklah kesemuanya. Contoh-contoh yang menunjukkan generasi muda berperangai rendah moralnya memang banyak. Antaranya adalah di dalam jangkau usia yang muda, mereka telah cuba merokok. Sebabnya adalah kerana mereka ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan dan ingin menunjuk-nunjuk kepada teman mereka. ltu semuanya adalah alasan yang terbodoh sekali! Jikalau merokok itu kurang mencabar, mereka mula berjinak-jinak dengan minuman keras, berjudi dan juga mencuri. Mereka juga berperangai biadab, kurang ajar dan tidak menghormati orang tua. Remaja wanita pula berpakaian yang tidak senonoh sehingga menjolok mata. Ada pula yang berkelakuan kurang sopan di khalayak ramai.

Pada pandangan saya, generasi sekarang berkelakuan begitu ada sebab-sebabnya. Walaupun ibu bapa mereka menghantar mereka ke sekolah sehingga mempunyai pendidikan yang tinggi, mereka tidak semestinya tinggi dari segi rnoral. Tentu ada sebab-sebab di atas kelakuan mereka itu.

Pertama sekali, ibu bapa tidak meluangkan masa yang secukupnya untuk mengajar anak-anak mereka. Kedua, mereka tidak mengajar anak-anak mereka mengenai moral yang baik sejak dari keeil lagi. Kebanyakan anak-anak juga terialu dimanjakan oleh ibu bapa mereka sehingga mereka tidak begitu tahu tentang apa itu moral yang baik.

Ada ibu bapa mengatakan yang mereka tidak ingin mengongkong cara hidup anak-anak mereka kerana mereka berpendapat yang anak-anak mereka akan mempelajarinya dengan sendirinya.Walau bagaimanapun, jikalau ayah dan ibunya sendiri yang rendah moral dan mereka tidak mengajar anak mereka supaya jangan mengikut jejak mereka, anak-anak mereka pun akan mempunyai moral yang rendah. Bak kata pepatah,'jikalau bapa borek, anaknya mestilah rintik!' Sudahlah tidak mengajar anak- anak mereka mengenai moral, mereka ingin anak-anak mereka itu berbakti untuk bangsa dan negara! Harapkan pagar, pagar makan padi!

Sebenarnya, apa yang ingin saya katakan ialah orang yang berpeiajaran tinggi itu tidak semestinya orang yang mempunyai moral yang tinggi. Kadang-kadang orang yang tidak berpelajaran tinggi itulah merupakan orang yang lebih tinggi moralnya, dibandingkan dengan mereka yang terpelajar. Walhasil, sebagai seorang individu, kita haruslah cuba mencapai kejayaan dari pelbagai segi termasuk mempunyai moral yang baik.

[ Kembali ke Tajuk ]

 

Tajuk: PENGALAMANKU - Kisah Benar  ...
Hasil: Benjamin Tham Osman (Mantan peiajar 1 999)

"Kebebasan". ltulah yang aku inginkan daripada keluargaku selama ini, tetapi tidak pernahku rnenduga bahawa "kebebasan" itulah yang membuat hidupku sengsara sehingga ke saat ini.

Semenjak aku masih kecil lagi, aku telah dipisahkan daripada ibu kerana ibu berselisih faham dengan ayah. Akhirnya mereka pun bercadang untuk bercerai. Sehingga saat ini, masalah itu masih tidak boleh aku lupakan. Ayah pun membuat keputusan untuk pulang ke rumah nenek. Aku berasa sungguh gembira bila bersama nenek dan datukku. Mereka saling memahami perasaanku dan masalah yang ayah hadapi. Ayah rela membuat apa sahaja demi kebahagiaan keluarga.

Setelah diberi "kebebasan" oleh ayah, aku pun mula berkawan dengan budak-budak yang suka bersembang di kolong-kolong blok. Semakin lama aku berkawan dengan mereka, semakin berubah perangaiku. Aku sudah mula berjinak-jinak menghisap rokok dan menggertak budak-budak yang cuba mencerobohi 'kawasan'kami.

Suatu hari, aku dan kawan-kawanku pergi ke tempat meletak kereta di Junction 8. Kami ke sana untuk bersemuka dengan seorang budak yang sengaja mencari pasal di 'kawasan' kami tempoh hari. Kawanku bersua rnuka dengan 'ketua'nya dan mereka membuat keputusan untuk bergaduh. Teruk kawanku membelasah budak itu. Tiada sesiapa yang menyedari bahawa ada orang yang telah lama memerhatikan kami. Tidak lama kemudian, dengan tiba-tiba, kami dikejutkan dengan bunyi siren kereta polis yang dengan pantas rnenghampiri kami. Kami semua lari lintang-pukang dan aku berjaya melepaskan diri.

Seberapa hari kemudian, aku mendapat khabar daripada kawanku bahawa kawan rapatku telah ditangkap polis malam itu. Tidakku menduga bahawa kawan rapatku itu telah membocorkan rahsia dan namaku terbabit sama.

Suatu hari, sedang aku tidur nyenyak bersama kawanku yang bermalam di rumahku, aku dikejutkan oleh ayahku yang sedang masak pagi-pagi lagi. Aku disuruhnya mandi. Tiba-tiba dua orang inspektor dari Balai Polis Tanglin datang ke rumahku dan membawaku bersama untuk disiasat. Aku cuba melarikan diri melalui pintu yang terdedah tetapi gagal. Tanganku digari di hadapan ayahku. 

Setelah siasatan, aku didapati bersalah dan terpaksa bermalam di dalam'iock-up'. Aku diberitahu bahawa aku akan dibawa ke Mahkamah Juvenil 53. Hatiku berdebar-debar apabila aku menjejakkan kaki masuk ke dalam bilik nombor 53 untuk berhadapan dengan Tuan Hakim. Ayah yang berdiri di sebelahku kelihatan sedih apabila Tuan Hakim menjatuhkan hukuman dan menghantar aku ke Singapore Boy's Home selama dua tahun.

Di sini, hidupku merana tidak terkata. Pelbagai dugaan dan cabaran yang harus aku tempuhi dengan sabar. Sehingga ke saat ini, aku rnasih menjalani hukumanku. Aku kesal atas apa yang telah terjadi terhadap diriku yang malang ini. Aku rindu akan orang tuaku yang jauh dari pandanganku. Namun begitu, bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur. Tiada apa yang dapat aku lakukan selain daripada menunggu hari "pembebasan"ku. 

Sebagai satu nasihat untuk para pembaca, jadikanlah kisahku ini satu teladan dan pulanglah ke pangkal jalan yang lurus dan diredhai Tuhan.

[ Kembali ke Tajuk ]



Bahasa Jiwa Bangsa