Make your own free website on Tripod.com

 

HASIL JABATAN BAHASA MELAYU

 

Lelaman ini dihasilkan dengan harapan agar murid-murid dapat memanfaatkan dengan sebaik-baiknya.Gunakanlah lelaman ini untuk meningkatkan bahasa anda.  

 

 

 

PENGENALAN MENGENAI AYAT

1.                  Ayat ialah suatu bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata yang tersusun dalam dua bahagian, iaitu bahagian subjek dan bahagian predikat .

2.                  Pembentukan sesuatu ayat yang sempurna akan mudah anda fahami jika anda meneliti perbezaan pola-polanya secara berperingkat-peringkat.

3.                  Pada dasarnya, pemeringkatan pola-pola ayat bermula daripada ayat inti.

 PEMBENTUKAN AYAT INTI

1.                  Ayat inti ialah ayat dasar  yang paling sederhana bentuknya.

2.                  Ayat ini merupakan ayat tunggal, yakni terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.  

3.                  Ada empat pola ayat inti,iaitu:

a)            FN + FN                    (c)            FN + FA

b)            FN + FS                    (d)            FN + FK