Make your own free website on Tripod.com


 

Ayat yang mempunyai pola Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN + FK ) ialah ayat yang subjeknya Frasa Nama dan predikatnya Frasa Kerja.

Contoh I:

     Frasa Nama     Frasa Kerja
(a) Pokok kelapa itu   tumbang
(b) Bayi itu   merangkak
(c) Hujan   turun dengan lebatnya
(d) Pelancong asing itu   sedang berehat

Kata-kata yang menjadi predikat dalam ayat di atas adalah kata kerja tak transitif.

Kata-kata ini pada umumnya dapat berdiri sendiri dengan maknanya yang lengkap tanpa objek kecuali yang berapitan ber...kan.


Contoh II:

Frasa Nama Frasa Kerja
(a) Kakak  membeli sayur
(b) Pesakit itu menemui doktor
(c) Penulis itu memperkatakan sastera
(d) Ali mempelajari geografi

Frasa kerja yang bertugas sebagai predikat dalam ayat-ayat di atas adalah frasa kerja transitif.

Frasa kerja ini terdiri daripada kata kerja transitif yang disertai objek, iaitu frasa nama.

Tanpa objek, kata kerja transitif tidak dapat menjadi frasa dan tidak dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.