Make your own free website on Tripod.com


 

ANTARANYA...

 

Lawatan Ke Taman Sembawang

 

gal on bike.jpg (108431 bytes)      volleyball on beach.jpg (63023 bytes)      guys on kanvas.jpg (97046 bytes)

 

guys eating.jpg (63911 bytes)     gals marinating  chicken wings.jpg (92917 bytes)     teachers barbecue.jpg (91844 bytes)

    Pada 24 Mei 2000, para pelajar menengah rendah yang rnempelajari Bahasa Melayu telah menyertai suatu perkelahan di Taman Sembawang. Inilah aktiviti pertama karni untuk tahun 2000. Aktiviti ini telah dianjurkan oleh Jabatan Bahasa Melayu KCPSS. Guru-guru yang rnembawa kami ke sana ialah Cikgu Johari dan Cikgu Murni. Para pelajar bukan sahaja berpeluang bersuka ria selepas tamat peperiksaan pertengahan tahun mereka, malah mereka berpeluang merapatkan lagi persahabatan antara pelajar-pelajar yang mempelajari Bahasa Melayu di KCPSS. Di sana, para pelajar dan guru-guru mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa mereka seperti berbasikal, bermain bola tampar di tepi pantai, besbol dan bolasepak. Para pelajar kelihatan sangat gembira pada hari itu kerana inilah kali pertama mereka berkumpul beramai-ramai. Apa yang mereka harap-harapkan adalah supaya kegiatan sebegini akan berulang kembali.

 
Berdamawisata Ke Sentosa

Survey team.jpg (72991 bytes)   Sekali lagi, Jabatan Bahasa Melayu KCPSS telah mengadakan aktiviti untuk kami semua. Kali ini, destinasinya ialah Pulau Sentosa. Pada tanggal 8 Ogos 2000, seramai 32 orang peiajar yang mengambil Bahasa Melayu telah ikut serta dalam darmawisata ini. Sebelum tiba ke Sentosa, suasana di bas penuh dengan keghairahan. Antara aktiviti yang kami lakukan di Sentosa adalah seperti bermain kereta langgar-langgar, menaiki Roller-Coaster, Viking dan bermain-main di tepi pantai. Bukan itu sahaja, kami sempat melewati beberapa tempat seperti Images of Singapore dan Fort Siloso. Saya rasa aktiviti seperti ini amat berfaedah untuk kami semua kerana inilah peluang bagi kami untuk mengeratkan lagi taii persahabatan antara peiajar-peiajar yang mengambil Bahasa Melayu dan guru-gurunya. Saya dan rakan-rakan sungguh gernbira di akhir lawatan itu dan berharap agar Cikgu Johari dan Cikgu Murni akan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti ini lagi. Maju terus maju!


Hari Keharmonian Kaum

Group photo.jpg (68754 bytes)   4E ML gals_2000.jpg (57877 bytes)   Preparation for Racial Harmony.jpg (65773 bytes)   4E5N students_2000.jpg (53906 bytes)   4NA students_1999.jpg (48245 bytes)

    Secara ringkas, Hari Keharmonian Kaum ini diadakan setiap tahun. Pada hari inilah pelajar-pelajar yang mengambil Bahasa Melayu digalakkan untuk memakai pakaian tradisional mereka. 


Persembahan Sri Warisan & Drama Atheis

    Jabatan Bahasa Melayu KCPSS telahpun membawa beberapa pelajar menonton suatu persembahan warisan budaya Melayu "Lagu & Irama: Luahan Rasa" di Pusat Drama pada 23 Julai 2000.  Tujuan kegiatan ini adalah untuk memperkenalkan lagu-lagu dan irama Melayu lama kepada generasi muda kita. Sri Warisan akan mengetengahkan lagu-lagu tradisional daripada iramaAtheis.jpg (158108 bytes) ghazal, dondang sayang, keroncong, boria sehinggalah kepada nasyid.
    Selain daripada pementasan di atas, Jabatan Bahasa Melayu KCPSS juga


Hari Bendera Darul Ihsan

DIL Sec 2.jpg (50339 bytes)   Selain daripada kegiatan di atas, kita juga pastikan yang    pelajar-pelajar kita tidak melupakan pada golongan yang memerlukan. Para pelajar yang mengambil Bahasa Melayu telah dengan rela hati menawarkan tenaga mereka untuk mengutip derma pada Hari Bendera Darul Ihsan pada 26 Ogos 2000. Guru-guru juga memberi sokongan mereka dengan menghadiri di tempat lokasi dan membelanja pelajar-pelajar yang terlibat.


Minggu Bahasa Melayu

prize winners_2000.jpg (45327 bytes)    Setiap tahun, JBM KCPSS akan menganjurkan beberapa peraduan sempena Minggu Bahasa Melayu. Para pelajar akan digalakkan untuk mengambil bahagian dalam beberapa peraduan seperti peraduan bercerita, berpidato dan menulis esei. Melalui peraduan inilah bakat-bakat para pelajar dapat dikenalpasti dan digilap agar menjadi seorang pelajar yang lebih baik dan berkebolehan.


Bengkel Penulisan Kreatif

    Guru-guru Bahasa Melayu seberapa mungkin akan melibatkan pelajar-pelajar untuk mengikuti bengkel-bengkel bahasa. Pada 20 Ogos 2000, beberapa orang pelajar telah dibawa untuk mengikuti Bengkel Penulisan Kreatif yang disampaikan oleh Encik Lim Swee Tin, seorang guru dan penulis, dari Malaysia. 


Membersihkan Kelas Bahasa Melayu

    Setahun sekali, para pelajar Melayu akan ditugaskan untuk membersihkan kelas Bahasa Melayu. Guru-guru juga turut menyumbangkan tenaga mereka. Bukan sahaja kelas Bahasa Melayu bertambah bersih, malah inilah peluang bagi guru-guru dan para pelajar untuk berinteraksi dalam kegiatan yang sihat.