Make your own free website on Tripod.com

Bahasa Berbunga
Home Up

 

Berikut ialah contoh-contoh bahasa berbunga yang diperolehi ketika menghadiri Bengkel Anyam anjuran SASA2000. 

Pelajar-pelajar boleh memanfaatkannya ketika menulis karangan.

  1. sinar gembira mengerlip di matanya/di mata tuanya
  2. seriang kicauan burung-burung yang terbang membelah cuaca petang
  3. dibayangi perasaan gembira
  4. kuntum kegembiraan mengembang di hatinya sekaligus menghalau debaran yang memukul dada
  5. rasa gembira meruap di dadanya
  6. rasaa gembira dan syukur berbunga di lubuk hatinya
  7. dia terlalu gembira, gembira sakan
  8. hatinya melonjak gembira
  1. curahan kasih sayang
  2. berharap putik-putik kemesraan akan dapat menebarkan keharuman kasih sayang yang mampu melembut dan mendamaikan hati-hati luka
  3. silaturahim antara sanak-saudara
  4. merindui belai kasih daripada seorang ayah/ibu
  5. jauh di sudut hatinya bercambah kasih yang amat mendalam terhadap...
  1. Dia tersenyum menampakkan barisan gigi yang asmaradanta/putih bak mutiara
  2. senyuman mesra terukir di bibirnya
  3. segaris senyuman terukir di bibir/bibirnya
  4. mengulum senyuman tipis
  5. mengetap bibir tersenyum
  1. tiba-tiba lamunannya terhenti
  2. lamunannya terputus
  3. membiarkan sejenak fikirannya menerawang
  4. lamunannya tenggelam dalam kemuraman suasana
  5. lamunannya terbang pergi
  1. ingatannya kembali menjangkau suasana masa lampau
  2. mengimbau kenangan silam
  3. ingatannya masih segar
  4. meninggalkan nostalgia yang hampir tenggelam dibungkus waktu
  5. ingatannya terloncat daripada satu peristiwa kepada satu peristiwa yang lain
  6. kenangan pahit, manis, suka dan duka bermain dalam kotak fikirannya
  7. dia cuba menepis-nepis ingatannya terhadap ... (nama orang) tetapi kotak fikirannya tidak mampu berbuat begitu
  8. kenangan mengusik jiwa 
  1. fikirannya menderas (berfikir secara deras/cepat)
  2. soalan itu (yang sama) sentiasa memenuhi kotak fikirannya
  3. arus fikirannya seperti terhenti/berhenti
  4. terapung dalam arus pengertian yang mencabar fikiran
  5. fikirannya dirasuk ingatan yang bukan-bukan
  6. fikirannya melayang jauh
  7. dia membiarkan sejenak fikirannya menerawang
  8. berlegar-legar soalan itu meroboh alam fikirannya (bermaksud menjadi buntu)
  9. dalam laut fikirannya
  10. memeras otak (berfikir secara keras)
  11. rasa bersalah menerpa fikirannya ("guilty")
  12. berlegar-legar dalam pusat ingatannya
  13. ingatannya terhadap ... (nama orang) susut tanpa sisa
  14. fikirannya tiba-tiba dikejutkan oleh kutukan perlahan pintu bilik/kamarnya
  15. soalan itu bertalu-talu datang dan pergi dalam fikirannya
  16. cadar dan selimut yang renyuk-renyuk di katil itu seperti fikirannya juga, renyuk-renyuk
  17. keadaan di luar itu seperti fikirannya, sesak dan berjerebu
  1. kulihat air jernih mengalir di pipinya
  2. bendungan air matanya pecah
  3. beberapa titik air jernih membasahi pipi mudanya
  4. air matanya jatuh membasahi pipinya yang gebu
  5. awan mendung bergayutan di pelipis matanya
  6. kolam matanya sudah berkaca
  7. kegembiraan hatinya menujahkan keluar manik-manik jernih dari birai kolam matanya
  8. matanya berkaca dan kemudian berair
  9. juraian air mata mengalir lalu meleleh di lurah pipinya
  10. air mata mula tumpah dari tasik bundar
  11. matanya mula terasa basah
  12. air mata berlinangan
  13. cuba menahan air matanya tetapi matanya tetap bertambah kelam
  14. tangisan memberi nikmat kepuasan batin
  1. hatinya pecah seribu
  2. menyayat hati
  3. meratap kesedihan 
  4. perkhabaran yang disampaikan itu benar-benar mengguris luka di hatinya
  5. bayang-bayang kesedihan dan kepiluan masih tercalit di wajahnya
  6. pedih sungguh hatinya
  7. duduk sugul di kepala katil
  8. nadanya menikam jantung
  9. namun senyumannya tidak dapat menutup mendung yang menyeliputi wajahnya
  10. nada suaranya bagaikan sembilu menghiris tangkai hatinya
  11. keluarkanlah jasadku daripada kesengsaraan
  12. suara batinnya menggelepar 
  13. harapan itulah yang menyinari makam derita ini
  14. bencana menimpa kerianganku
  15. sedih berbaur kekecewaan
  16. begitu meruntun (menarik/menyentak) jiwa dan perasaan
  17. kini dia berasa kosong dan hampa
  18. sehingga kini, rasanya masih mengalir darah-darah kepedihan di parut luka hatinya
  19. rasa pilu mencucuk-cucuk tangkai hatinya
  20. hidup tanpa meneguk sepuasnya kasih sayang
  21. langit yang muram dan ombak yang resah
  22. menemaninya dalam seribu kegelapan dan kesenyapan
  23. saat demi saat menerbitkan detik-detik yang menusuk tajam ke lubuk sukmanya
  24. bagai mencurahkan cuka di kelukaan hatinya
  25. dirinya bagai ditimpa gunung-gunung batu pejal yang pecah berserakan
  26. memandang dengan sejemput kehampaan yang ternyata di air wajahnya
  27. bunga-bunga kemesraan tidak langsung bercambah di wajahnya
  28. segala macam deraan mendesak di segenap cepu kepalanya
  29. dia meneguk air liurnya sendiri dengan hati terkilan
  30. malam yang penuh dengan kekusutan dan kekalutan itu kian panjang
  31. dadanya sebak bagaikan terisi air sampai ke tenggorok
  32. sungguh menyusuk dan menyayat hati
  33. sukar untukku memaparkan lukisan kekesalan yang sebenarnya tidak tercerna lagi
  34. kian sayu dan redup, seredup petang ini
  35. hatinya luluh
  36. diselaputi perasaan pilu
  37. mengubat luka yang parah dalam jiwanya
  38. mengembalikan luka-luka yang lama berdarah
  39. dunia ini seolah-olah diserang gempa raya yang maha dahsyat menggoncangkan perasaan dua sahabat itu
  40. berkecamuk dengan perasaan kehibaan
  41. dunia kecerahan kini telah diliputi awan gelap